Syarikat ini ditubuhkan sebagai menyahut cabaran untuk memartabatkan Usahawan Bumiputera supaya berdaya maju di alaf baru ini. Untuk menghadapi persaingan di dunia perniagaan , syarikat ini berusaha untuk membina tapak yang kukuh berbekalkan sokongan serta bantuan dari syarikat-syarikat usahasama serta berdaftar dengan badan-badan berkanun.
Cabaran serta tanggungjawap yang diberikan kepada syarikat ini akan mematangkan bagi perniagaan serta menguji kemahiran ahli-ahli pengurusan untuk membentuk satu imej yang berkualiti serta bertanggungjawap dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas-tugas.
Gabungan kemahiran dan pengalaman serta keyakinan untuk memajukan syarikat ini diadunkan dengan mempelbagaikan cabang perniagaan bagi menghadapi dunia tanpa sempadan.
Bertitik tolak dari sinilah maka kami mengorak langkah menempuharus perniagaan untuk mencapai segala wawasan serta visi kami. Kami telah menceburi bidang khidmat Serangga Perosak bagi memenuhi kehendak pelanggan.
Adalah diharapkan , dengan adanye profile ini, setiap pelanggan atau badan-badan tertentu dapat memahami tujuan serta matlamat kami disamping dapat memberi kerja sama terbaik untuk pihak kami.